Thursday, 25 September 2014

AGAMA BUDDHA

AGAMA BUDDHA

  • Agama Buddha merupakan antara agama yang terawal sampai ke Alam Melayu.Kedatangan agama ini dapat dibuktikan dengan  adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang,Kedah.Walau bagaimanapun,setelah kedatangan Islam,kebanyakkan masyarakat Tanah Melayu memeluk agama Islam.
  • Dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini,kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya beragama Kristian dan Hindu.Selain orang Cina ,masyarakat Thai yang tinggal di negeri Kelantan ,Kedah,Perlis juga merupakan penganut agama Buddha.
  • Dari segi  sejarah,agama Buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama.beliau merupakan seorang putera raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni.Beliau telah mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran.Hasil daripada pertapaan beliaulah lahirnya ajaran dalam agama Buddha.
  • Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa kitaran kehidupan,iaitu Sila,Renungan,Kesedaran,mencapai Sambodhi,terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma.Walau bagaimanapun,kebanyakan masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taoisme,Confucious dan peyembahan nenek moyang.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT CINA

  • Tahun Baru Cina-merupakan perayaan paling penting bagi masyarakat Cina.Pada Tahun Baru Cina,semua ahli keluarga yang jauh akan balik berkumpul di rumah keluarga mereka.Pada hari tersebut,rumah akan dibersihkan dan segala hutang perlu dibayar,manakala pembakaran mercun pada tengah malam adalah sebagai tanda permualaan tahun baru,di samping bertujuan 'menghalau' segala nasib malang dan benda yang tidak baik.Selain itu,masyarakat Cina akan menghiasi rumah mereka dengan buah limau sebagai simbolik kepada murah rezeki.Jamuan utama ketika Tahun Baru Cina ialan Yee Sang dan Kuih Bakul.Pada malam tahun baru,setiap ahli keluarga akan mengadakan makan besar dengan juadah tradisi seperti itik dan daging salai,limau mandarin dan sebagainya.Tradisi kunjung mengunjung juga di amalkan iaitu golongan muda akan melawat golongan tua dan mereka akan menerima Ang Pau dalam sampul merah.
  • Perayaan Chap Goh Mei-di sambut selepas 15 hari perayaan Tahun Baru Cina diraikan.Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang dengan melakukan pembakaran colok besar.Selain itu,upacara makan besar turut diadakan .Pada masa ini,mercun akan dibakar dan tanglung akan dinyalakan.Terdapat juga amalan menlontar limau kedalam laut atau sungai bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan hidup.
  • PESTA TANGLUNG-Pesta Tanglung atau Yuanxao Jie merupakan perayaan tradisional masyarakat Cina yang dirayakan pada hari ke 15 iaitu 14 hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.Menurut sejarah budaya masyarakt Cina,perayaan ini telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Dinasti Han.Semasa sambutan pesta tanglung,masyarakat Cina akan menyediakan makanan tradisional.Makanan paling popular semasa perayaan ini ialah Yuanxiao atau Tong Yuen.
  • Ching Ming-merupakan perayaan atau sambutan yang dikenali sebagai "Ancestor Memorial" .Ching Ming disambut pada bulan April atau keempat dan merupakan perayaan untuk mengingati orang yang telah meninggal dunia.Ahli keluarga akan pergi ke kubur dan membawa makanan serta bunga.Ada juga yang membuat replika kereta ,duit,rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik untuk si mati.
  • Chung-merupakan perayaan bagi memperingati tokoh yang terkenal dalam masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu yang bernama Quwuan.Beliau merupakan seorang tokoh politik dan penyair yang sangat cintakan negaranya.Beliau banyak mengkritik pemrintahan kerajaan China yang dikatakan berlaku kepincangan dalam pemerintahan baginda.Tindakan Quwuan mengkritik pemerintahan tersebut menyebabkan beliau telah dibuang ke sungai.Bagi memperingati peristiwa tersebut ,masyarakat Cina akan memasak dumpling yang dibuat daripada beras pulut dan dihanyutkan kedalam sungai bagi mengelakkan ikan-ikan di sungai tidak memakan bangkai Quwuan.Perayaan ini juga dikenali sebagai "Dragon Boat"

No comments:

Post a Comment