Thursday 25 September 2014

AGAMA BUDDHA

AGAMA BUDDHA

  • Agama Buddha merupakan antara agama yang terawal sampai ke Alam Melayu.Kedatangan agama ini dapat dibuktikan dengan  adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang,Kedah.Walau bagaimanapun,setelah kedatangan Islam,kebanyakkan masyarakat Tanah Melayu memeluk agama Islam.
  • Dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini,kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya beragama Kristian dan Hindu.Selain orang Cina ,masyarakat Thai yang tinggal di negeri Kelantan ,Kedah,Perlis juga merupakan penganut agama Buddha.
  • Dari segi  sejarah,agama Buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama.beliau merupakan seorang putera raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni.Beliau telah mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran.Hasil daripada pertapaan beliaulah lahirnya ajaran dalam agama Buddha.
  • Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa kitaran kehidupan,iaitu Sila,Renungan,Kesedaran,mencapai Sambodhi,terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma.Walau bagaimanapun,kebanyakan masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taoisme,Confucious dan peyembahan nenek moyang.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT CINA

  • Tahun Baru Cina-merupakan perayaan paling penting bagi masyarakat Cina.Pada Tahun Baru Cina,semua ahli keluarga yang jauh akan balik berkumpul di rumah keluarga mereka.Pada hari tersebut,rumah akan dibersihkan dan segala hutang perlu dibayar,manakala pembakaran mercun pada tengah malam adalah sebagai tanda permualaan tahun baru,di samping bertujuan 'menghalau' segala nasib malang dan benda yang tidak baik.Selain itu,masyarakat Cina akan menghiasi rumah mereka dengan buah limau sebagai simbolik kepada murah rezeki.Jamuan utama ketika Tahun Baru Cina ialan Yee Sang dan Kuih Bakul.Pada malam tahun baru,setiap ahli keluarga akan mengadakan makan besar dengan juadah tradisi seperti itik dan daging salai,limau mandarin dan sebagainya.Tradisi kunjung mengunjung juga di amalkan iaitu golongan muda akan melawat golongan tua dan mereka akan menerima Ang Pau dalam sampul merah.
  • Perayaan Chap Goh Mei-di sambut selepas 15 hari perayaan Tahun Baru Cina diraikan.Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang dengan melakukan pembakaran colok besar.Selain itu,upacara makan besar turut diadakan .Pada masa ini,mercun akan dibakar dan tanglung akan dinyalakan.Terdapat juga amalan menlontar limau kedalam laut atau sungai bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan hidup.
  • PESTA TANGLUNG-Pesta Tanglung atau Yuanxao Jie merupakan perayaan tradisional masyarakat Cina yang dirayakan pada hari ke 15 iaitu 14 hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.Menurut sejarah budaya masyarakt Cina,perayaan ini telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Dinasti Han.Semasa sambutan pesta tanglung,masyarakat Cina akan menyediakan makanan tradisional.Makanan paling popular semasa perayaan ini ialah Yuanxiao atau Tong Yuen.
  • Ching Ming-merupakan perayaan atau sambutan yang dikenali sebagai "Ancestor Memorial" .Ching Ming disambut pada bulan April atau keempat dan merupakan perayaan untuk mengingati orang yang telah meninggal dunia.Ahli keluarga akan pergi ke kubur dan membawa makanan serta bunga.Ada juga yang membuat replika kereta ,duit,rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik untuk si mati.
  • Chung-merupakan perayaan bagi memperingati tokoh yang terkenal dalam masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu yang bernama Quwuan.Beliau merupakan seorang tokoh politik dan penyair yang sangat cintakan negaranya.Beliau banyak mengkritik pemrintahan kerajaan China yang dikatakan berlaku kepincangan dalam pemerintahan baginda.Tindakan Quwuan mengkritik pemerintahan tersebut menyebabkan beliau telah dibuang ke sungai.Bagi memperingati peristiwa tersebut ,masyarakat Cina akan memasak dumpling yang dibuat daripada beras pulut dan dihanyutkan kedalam sungai bagi mengelakkan ikan-ikan di sungai tidak memakan bangkai Quwuan.Perayaan ini juga dikenali sebagai "Dragon Boat"

DASAR BELIA NEGARA

DASAR BELIA NEGARA

  • Dimulakan dengan Bahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953.
  • Bertujuan membimbing kemajuan belia negara.
  • Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakkan tenaga belia yang menjalankan aktiviti yang berguna dan berfaedah.
PRINSIP-PRINSIP DASAR BELIA NEGARA

  • Amalkan prinsip Rukun Negara.
  • Mewujudkan semangat perpaduan.
  • Wujudkan sistem kepimpinan yang matang.
  • Galakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
  • Bina moral yang tinggi.
  • Capai taraf keilmuan yang tinggi dan mendalam.
TUJUAN DASAR BELIA NEGARA

  • Bangunkan taraf sosial dan ekonomi belia.
  • Mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.
STRATEGI DASAR BELIA NEGARA

  • Tingkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan,perniagaan dan vokasional atau teknikal.



Saturday 13 September 2014

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)



* OIC ialah singkatan kepada Organization of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam.
* Organisasi antara kerajaan yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika.
* Bertindak sebagai forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah khususnya konflik antara Israel-Palestin.
* Ditubuhkan pada 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama dan pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
*Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara Islam sangat mustahak.
* Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meningkatkan Syiar Islam.
* OIC berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
* OIC akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.
* Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antaranya ialah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.


* Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.
* OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. 
* Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.
* Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk terlibat dalam beberapa jawatankuasa penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina , Kosovo , Palestin , Somalia dan Sierre Leona, dimana Malaysia ialah pengerusinya.
* Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. Contohnya, Sesi Luar Biasa dengan menteri-menteri Luar Negara Islam mengenai keganasan ( 1-3 April 2002 )
* Kejayaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah Amerika Syarikat dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

Wednesday 10 September 2014

KAUM CINA DI MALAYSIA.









Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

 
Sejarah

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.

Suku dialek

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

Kawasan dengan jumlah penduduk yang besarPulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor
BahasaBahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan, Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Agama AgamaBuddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu, Iktikad Baha'i, Atheisme, Freethinker
Kelompok etnik terdekatPeranakan

Monday 8 September 2014

KEBEBASAN ASASI.

Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.

KETERANGAN

Kebebasan diri

(a) Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
(b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oelh peguan itu.
(d) Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

Pengabdian dan kerja paksa

(a) Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
(b) Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

(a) Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
(b) Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

4 Sama rata

(a) Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(b) Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

5 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

(a) Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan. (b) Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan

(a) Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya
(b) Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman
(c) Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

Kebebasan agama

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

8 Hak-hak berkenaan dengan pendidikan

(a) Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.
(b) Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

9 Hak terhadap harta

(a) Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.

PRINSIP-PRINSIP MALAYSIA BERHUBUNG HAK ASASI
  1. Mengikut prinsip-prinsip asas International Bill On Human Rights dan lain-lain agensi hak asasi manusia.
  2. Bersifat sejagat , tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain
  3. Memegang teguh prinsip-prinsip yang objektif ,tidak berpihak pihak dan tidak memilih.
  4. Menolak sebarang prinsip mempolitikkan dan memilih kasih akan hak asasi manusia.
  5. Menolak penggunaan hak asasi sebagai syarat untuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkah yang digunakan untuk mengembangkan perdagangan.
  6. Menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.
  7. Menyokong hak hak untuk pembangunan.

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU


  • Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya dalam negara.
  • Badan ini dianggotai oleh 9 orang sultan dan 4 orang Gabenor atau Yang Dipertua Negeri.
  • Badan ini dipimpin oleh YDPA.
Antara bidang tugas utama Majlis Raja-Raja adalah seperti berikut:
      a)Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
      b)Memberi persetujuan atau penolakn tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah          Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.
      c)Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau                  memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-              Raja.
      d)Memikirkan tantang polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan            negara. 
       e)Merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
       f)Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas                nasihat Perdana Mentari iaitu : 
  1. Pelantikan Ketua Hakim Negara,dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi.
  2. Pelantikan Ketua Audit.
  3. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
       g)Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut: